YB — Yang Bodoh Atau Yang Bijak?

Posted: May 20, 2011 in Uncategorized

Kemungkinan besar PRU13 akan berlangsung tidak lama lagi, bayangannya sudah diberikan oleh Prime Minister kita. Nah, sudah ada YB2 yang berkira-kira bagaimana mahu mendapat lebih banyak habuan untuk kali ini. Ada juga yang sedang bersusah hati kerana mungkin namanya akan digugurkan daripada senarai calon pada kali ini. Ada juga yang dahulunya tidak pernah memuji ketua mereka, sekarang sudah pandai panggil press buat press statement! memuji pemimpin itu dan ini. Mereka tidak kisah pun berapa banyak wang mereka terbang untuk mengampu ketua mereka, asalkan pada akhirnya mereka akan sekali lagi dipilih sebagai calon. Tapi bolehkah ketua2 mereka ini senang2 makan umpan? senang2 makan pujian? masa calon2 pengampu ini dahulu menang pilihanraya mereka tidak pula berterima kasih atau memuji ketua2 mereka. Masa PRU13 mau datang, baru mereka pandai keluar memuji, siap ada kad ucapan dan acara sambutan birthday yang suprise! ada yang sanggup menjilat b*&%^t, ada yang sanggup dijilat p^*i! mereka benar2 menggadaikan maruah mereka untuk menjadi seorang pemimpin.

YB2 yang dahulunya kerja mereka cuma ‘bertapuk’ daripada rakyat sudah mula keluar daripada sarang sambil menggeliat. Datang kepada rakyat senyum, jabat tangan bertanyakan khabar. Dahulunya selepas sahaja menang dalam pilihanraya dia hilang terus, tidak mahu berjumpa dengan rakyat. Dia suruh secretarynya maklumkan kepada sesiapa bahawa dia sakit, dia outstation, dia ke Autralia dan sebagainya. Ya, pada pilihanraya kali ini YB2 ini akan berkempen sehingga berbuih mulut mereka dan sebenarnya mereka suka berkempen dengan menggunakan isu-isu yang besar, yang rumit dan tidak pernah didengar oleh rakyat. Mereka fikir kalau mereka membawa isu-isu yang berat dan saintifik mereka akan digelar YB yang pintar. Mungkin benar itupun kalau mereka berkempen di bandar2 atau di kawasan-kawasan yang orang2 kampungnya sudah terpelajar. Bagaimana pula dengan pengundi2 daripada kampung yang memang kurang berpelajaran malahan tidak berpelajaran dan sehari-hari hanya memikirkan bagaimana untuk mencari makanan pada hari ini dan bagaimana untuk terus hidup melihat matahari pada keesokan harinya? Tentu sahaja orang2 kampung ini hanya akan ternganga kalau para YB2 ini menyebut isu-isu yang berat di luar daripada kemampun mereka untuk memahaminya. Kenapa tidak dibawa isu-isu lebih ringan tetapi penting kepada mereka? isu pembangunan ekonomi untuk orang2 kampung misalnya, geran2 tanah misalnya, biasiswa2 anak2 mereka, KWAMP untuk anak2 mereka, bantuan kebajikan kepada mereka dan banyak lagi isu2 kecil yang sangat penting untuk mereka sebenarnya. YB2 ini tidak akan kelihatan bodoh hanya kerana membawa isu2 kecil di dalam kempen mereka.

Ada bijak pandai KDM yang mahukan supaya Kolej KDM — kolej berasaskan perkauman diwujudkan. Ada yang setuju dan menyokong penuh, ada yang menolak dan memaki dan ada yang di atas pagar dan saya fikir yang ada di atas pagar ini adalah kacukan (dengan PTI) yang tidak kisah pun apa akan berlaku. Jika anda bertanya kepada saya mengenai hal ini maka saya akan menjawab bahawa “kita masih ada banyak perkara yang perlu kita lakukan untuk memajukan orang2 KDM ini. Menubuhkan kolej ini hanya satu bentuk pembaziran masa dan wang.” Benar! ia hanya membazir tenaga, wang dan masa kita. Kesusahan dan kerumitan bermula daripada saat kita mengeluarkan pelan projek, daripada bangunan kepada tanah kepada sumber kewangan dan tenaga manusia. Kemudian katakanlah pula jika kita berjaya menempuhi semua itu, kolej ini perlu melepasi standard arkeditasi negara. Bila itupun kita lepasi dan kita mula menerima pelajar kita apakah graduan2 daripada kolej2 perkauman ini akan diterima di dalam pasaran pekerjaan yang nyata dikuasai oleh bangsa2 lain, bangsa Melayu terutamanya. Adakah graduan-graduan ini akan ada kuota pekerjaan mereka sendiri? atau adakah mereka akan disisihkan kerana maklum saja mereka ini adalah keluaran kolej KDM. Pada akhirnya saya melihat bahawa perjuangan atau usaha ini hanya akan menjadi sia-sia sahaja nanti.

Jadi apa yang kita perlu lakukan? Banyak! yang ke-1; memastikan supaya orang-orang KDM ini mempunyai kuota pelajar di universiti2 awam (jangan cakap pasal universiti swasta yang tahu mencekik pelajar sahaja). Sekarang kalau mahu masuk universiti mesti ikut merit, kalau layak kau masuk. Tidak layak kau duduk di luar sahaja! dan kita tidak pasti sejauh mana kerajaan jujur dalam melaksanakan merit ini. kalau berdasarkan kepada lojik akan fikiran saya, tentulah kaum Cina dan India yang banyak di universiti dan bukannya orang Melayu. Ya! orang2 Cina dan India lebih bijak daripada orang2 Melayu dan semua kaum2 lain di Malaysia. Jadi perlu untuk kita memastikan supaya KDM diberikan kuota tetap pelajar di universiti sebagai jaminan bahawa orang2 KDM ini tidak tercicir atau kalah dengan kaum lain. Ke-2; Memastikan supaya pelajar2 miskin KDM ini dibantu dengan bantuan wajib biasiswa daripada kerajaan negeri atau persekutuan. Jika tidak hanya orang-orang yang kaya sahaja yang akan terus pandai. Inilah masalah yang menghambat bangsa kita — kemiskinan. Kita tidak akan ke mana-mana hanya dengan bermodalkan otak yang bijak pada zaman sekarang ini. Ke-3; pastikan supaya diwujudkan kuota pekerjaan kepada graduan2 KDM kita di dalam sektor2 pekerjaan awam dan swasta dan inilah pekara yang paling penting sekali. Ke-4; memastikan supaya graduan2 KDM yang sudah bekerja ini diberi peluang yang adil dalam kenaikan pangkat. Oleh yang demikian para YB2 ini tidak perlulah menunjuk bijak dengan mencadangkan untuk membuat itu dan ini, membuat sesuatu yang kita tidak boleh siapkan atau habiskan. Buat apa memeluk gunung kalau tangan tidak sampai? cubalah peluk busut anai2 dahulu, dan kalau dapat peluk dia erat2 jangan bagi lepas.

Kepada YB2 dan bakal-bakal YB serta yang bercita2 untuk menjadi YB. Bila sahaja kamu berfikir untuk memenangi hati rakyat, letakkan diri kamu di dalam situasi mereka dahulu barulah anda akan tahu apa yang mereka mahukan dan yang perlu anda buat. Jangan fikir anda sudah menjadi YB atau sudah menjadi YB anda sudah bijak daripada orang2 kampung ini — kerana pada akhirnya mereka inilah yang akan menentukan masa depan politik anda.

Comments
  1. miss epal says:

    yb ckp pintar n pndaiiii lah kunu ..
    tp bila smpai utk melaksanakannn kepintaran durang bercakappp tu ..
    bole bagi 0 …
    soooo YB Bodoh Atau Yang Bijak? bg sya BANGANG kali owh ..

  2. liviachia says:

    That why, kita sebagai rakyat di negeri sendiri kena mengundi. Pilihan Ada di tangan kita. ^_^
    mendaftarlah sebagai pengundi dan mengundilah.

  3. sempadan pemikiran says:

    Isu Kolej kdm?..apa itu kolej kdm? Dan kdm?….penulis memperlihatkan sdiri kekurangan dgn maklumat dan fakta tanpa kajian dan analisis terlebih dahulu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s