Periuk Dan Nasi Kita Diperkosa!

Posted: April 27, 2011 in Uncategorized

Hari itu semasa saya berada di kampung saya terdengar jiran sebelah rumah menjerit, marah kerana ayam direbannya dicuri orang dan saya tidak tahu bila, tapi besar kemungkinan semalam. Baru satu ekor ayam dia sudah menjerit, tapi fikir bilik memang patut pun dia menjerit sebab itu hartanya dan orang pula senang-senang mengebasnya. Nah — pencuri besar disiang bolong ini iaitu K.E.R.A.J.A.A.N pula kita biarkan begitu sahaja. Pencuri besar ini tidak akan mencuri yang kecil-kecilan daripada kita tetapi yang besar-besaran, maklumlah namanya pun pencuri besar. Mereka yang duduk di dalam kerajaan ini adalah pencuri kepada masa depan kita! mencuri nasib dan rezeki kita. Tinggal anak-anak kita mati kebuluran pada satu masa nanti. Kalau mahu makan terpaksa kita menyembah dan menjilat B*^$#t mereka. Mula-mula kera2 dalam kerajaan ini menghantar orang-orang mereka untuk menduduki kerusi penting jabatan-jabatan kerajaan di Sabah. Mereka kata kita masih belum kuat untuk berdiri sendiri. Kita cuma ‘aman’ sekejap dalam tempoh 10 tahun mungkin apabila Sabah ikut masuk dalam Pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Kita boleh dan bebas buat itu dan ini dan tiada siapa yang akan sibuk atau ambil tahu.

Perlahan-lahan perbuatan kita diperhatikan oleh orang dari Seberang — nun jauh di Malaya. Kita makan diintai, tidur diintai hatta berak dan buat anak pun diintai. Semuanya jadi serba tidak kena pada mereka, kepala dan tangan mereka gatal untuk campurtangan. Kononnya mereka ingin membetulkan yang salah pada pandangan mereka. Mula-mula mereka memperbetulkan cara kita makan, cara kita berak dan kemudian cara kita buat anak. Mereka masih tidak puas hati sehinggalah mereka duduk di dalam rumah kita, memerhatikan itu dan ini sambil mengarahkan kita apa yang patut dan tidak patut dibuat. Kononnya kita ni sedarjat dengan kera dan mereka itu burung rajawali — kononnya mereka pandai dan kita tidak. Oleh yang demikian yang pandai haruslah mengajar yang tidak pandai kata mereka.

Habis tanah di Malaya FELDA tarah, mereka beralih ke Borneo secara specificnya di Sabah. Kerajaan kita yang sudah dikelabui wang ringgit berikan mereka ini beratus ribu malah berjuta ekar untuk mereka tarah. Tinggallah orang kampung dengan mata cuma berkelip-kelip dan mulut terlopong sebab mereka terlepas tanah pusaka mereka yang telah diusahakan berpuluh-puluh tahun atau beratus tahun dahulu semenjak nenek moyang mereka. Berkali-kali mereka memohon geran untuk tanah tersebut tetapi tidak pun dilayan oleh kerajaan. Bila penyangak ini tiba dari semenanjung, pemimpin @ pekerja kita ini senang2 bagi pada mereka. Bila natives bawa kes ini masuk court mereka kalah sebab mereka mana ada duit mau bayar lawyer. Kalau ada pun adakah mereka ini berpeluang menang apabila melawan kerajaan?

Ada di antara kita bertepuk tangan apabila kerajaan mengatakan bahawa Sabah dan Sarawak ada fix-deposit bagi kerajaan BN/UMNO dan golongan ini adalah yang tidak ada maruah kerana sanggup menjual tanah tumpah darah mereka kepada ‘orang luar’ demi pangkat dan wang. Ada yang terkedu, meluat dan memberontak dan mereka-mereka ini adalah daripada golongan orang-orang yang sudah ada kesedaran terhadap masa depan Borneo dan Sabah yang semakin suram dan mahukan perubahan dibuat. Apabila kerajaan mengatakan bahawa Sabah ada fix-deposit mereka, maka secara tidak langsung mereka akan berbuat apa sahaja supaya kita terus mahu menjadi fix-deposit kepada mereka. Tanah kita ditarah, hasil-hasil buminya digali dan disedut keluar dibawa ke Tanah Melayu untuk memajukan tempat mereka. Kita? Ya — mereka berikan kita sedikit. Minyak kita yang disedut dan diperkosa oleh Petronas berapa sangat yang kita dapat?! 5%! terlalu sedikit dan 95% pergi kepada federal atau lebih tepat lagi ke kocek UMNO/BN.

Kemudian kerajaan BN membawa pembangunan yang pelbagai di Sabah seperti yang mana mereka janjikan pada waktu PRU-12 dahulu. Tapi percayalah bahawa mereka tidak akan membuat sesuatu kebaikan dengan ikhlas, mereka malahan mengaut jutaan ringgit, untung atas angin daripada rakyat Sabah. Solar-solar dipasang di sekolah-sekolah rendah dan menengah luar bandar dengan kos yang bukan sedikit tapi jutaan ringgit. Dua bula kemudian datang pula kemudahan elektrik 24 jam ke kampung tersebut. Sekolah yang sudah dilengkapi dengan sistem solar pun diberi kemudahan elektrik 24 jam ini. Jadi solar itu mahu dibuat apa? BN betul-betul otak geliga — otak pembelit penipu nombor satu. Mereka tahu yang elektrik 24 akan tetap disalurkan ke kampung tersebut tetapi solar mereka tetap bagi juga, bukannya apa — ianya semua dibuat untuk menguntungkan penjilat-penjilat buntut BN lebih tepat lagi UMNO. Percayalah, kerajaan BN akan mengeluarkan satu lagi arahan supaya sistem solar ini dipindahkan ke sekolah luar bandar yang lebih jauh ke dalam — kontraktor-kontraktor penjilat buntut ini makin suka hati sebab ia bermaksud lebih banyak duit untuk mereka. Begitu juga apabila tiang-tiang elektrik dipasang di tepi jalan walaupun mereka tahu dan nampak dengan mata mereka sendiri bahawa jalan raya itu sedang di naik taraf. Sudah tentu tiang-tiang elektrik ini akan dipindahkan semula ke tempat yang lebih sesuai bila tiba masanya. Kenapa tidak tunggu sahaja jalan raya tersebut siap di aspal barulah tiang-tiang elektrik ini dipasang? bukankah itu membazir namanya? alasannya sama seperti yang di atas.

Saudara-saudari sekalian, inilah yang sebenarnya kita perlu gelar pencuri! pencuri kepada harta kekayaan negara! orang-orang inilah yang sepatutnya kita sumpah seranah kerana mencuri bukan sedikit harta negeri kita. Tapi kita rela berdiam diri — dan saya tidak tahu kalau yang memilih untuk berdiam diri itu kerana memang mereka takut dikerjakan habis-habisan oleh orang-orang BN/UMNO atau memang tidak kisah perkara jijik ini berlaku. Satu hari nanti anak perempuan yang kita pelihara bagai menatang minyak yang penuh pun akan mereka ‘curi’ dan adakah pada masa itu kita masih akan berdiam diri?

Comments
  1. Tilpoo says:

    sama aje dengan apayg British atau Jepun bawa ketanah Melayu suatu ketika dahulu; tiap sesuatu ada harganya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s