Kerajaan Sebenarnya ‘Memandaikan’ kita

Posted: March 16, 2011 in Uncategorized

Sudah lama saya tidak menulis sehinggakan saya sendiri tidak tahu apa yang perlu saya tuliskan. Memang benar setiap hari ada sahaja yang ingin saya kongsikan dengan saudara saudari semua. Daripada hujung rambut ke hujung kaki, orang-orang Malaysia akan membuat apa sahaja untuk terkenal dan menjadi lebih pandai dan unik daripada orang-orang di negara lain. Beberapa hari lalu ketika saya membelek surat khabar Harian Express, saya terbaca satu artikel dalam satu kolum yang saya fikir sangat menarik isunya. Saya olah kembali kata-kata penulis itu untuk tatapan semua pembaca blog ini.

Setiap tahun bila sahaja keputusan peperiksaan PMR, SPM atau STPM diumumkan, kita akan melihat pencapaian atau pun keputusan luar biasa murid-murid di Malaysia. Kadangkala ianya sukar untuk dipercayai dan digapai oleh akal. NO! jangan fikir murid-murid Malaysia menipu. Mereka tidak menipu — mereka menjawap semua soalan yang kerajaan berikan dengan jujur (walaupun kadangkala susah dipercayai kerana ada sahaja kertas soalan yang bocor dilaporkan). Mungkin kita patut salahkan kerajaan kerana ini — peperiksaan yang sepatutnya bertujuan untuk mengagalkan murid bertukar menjadi peperiksaan yang mahu meluluskan murid. Saya beritahu anda kemudian bagaimana perkara ini berlaku. Sebab itu jika anda sedar, pada waktu 50an, 60an atau 70an atau 80an dahulu tidak ramai murid-murid yang terlepas dari perangkap SRP (yang saya tidak tahu levelnya sama dengan apa dahulu) hatta UPSR (Tidak pasti jika sudah diperkenalkan pada tahun 50an, 60an atau 70an) sekalipun! kerana soalan-soalan peperiksaan itu memang benar-benar mahu mengagalkan calon. Ini bermaksud hanya pelajar-pelajar pintar, pandai dan bijak sahaja yang akan terus bersekolah. Orang-orang lembab, bodoh dan bebal akan terbuang — mereka inilah yang akan terus mewarisi kerja-kerja di kampung. Tapi sekarang terbeliak mata kita melihat keputusan murid-murid sekolah! ada yang dapat 11A, ada yang dapat 20A, ada yang dapat 9A1B dan pelbagai lagi keputusan yang cukup menakjubkan. Adakah murid-murid sekarang memang pandai? atau adakah soalan itu terlalu mudah? ataupun adakah tujuan peperiksaan sudah berubah? atauapun adakah semua ini benar dan dibuat oleh ‘satu pihak’ yang mahu cuba mengwujudkan satu fenomena bahawa orang-orang Malaysia ini pandai supaya dihormati oleh orang-orang luar?

Sebagai contoh di dalam mata pelajaran Sejarah; pada tahun 50an atau 60an dahulu soalan akan berbunyi begini (contohnya);

Siapakah pengasas kerajaan Melayu Melaka? _______________ (soalan subjektif dan tiada pilihan jawapan) dan hanya yang benar-benar belajar dan pintar yang akan tahu jawapannya iaitu “Parameswara”. Bila keputusan keluar, hanya 20% sahaja murid yang lulus. Kerajaan berfikir ini tidak boleh jadi, kerana orang-orang Malaysia ternyata bebal dan lembab sekali. Ini akan memalukan Malaysia dan menjatuhkan imej negara.

Kemudian kerajaan mengubah soalan tersebut, dan soalan baru berbunyi begini; Siapakah Pengasas kerajaan Melayu Melaka? A. Parameswara B. Paramsuara C. Paremusuara D. Parimaswara. Wah, ternyata kali ini murid-murid senang hati kerana kerajaan semakin baik dengan mereka. Sekarang mereka ada pilihan jawapan. Asalkan anda belajar sedikit anda akan lulus. Hanya yang separuh bodoh akan tersingkir. Kemudian keputusan peperiksaan keluar — kerajaan gembira kerana sudah ada peningkatan! 40% calon telah lulus. Tapi kerajaan berfikir ia masih menunjukkan orang-orang Malaysia masih bodoh. Maka mereka mengubah sekali lagi soalan tersebut.

Soalan seterusnya berbunyi begini (masih dengan soalan yang sama) dengan pilihan jawapan A. Parameswara B. Param Meswarai C. Penjaram D. Parampok. Kali ini keputusan menigkat sekali lagi — 60% pelajar lulus. Tapi kerajaan masih belum berpuas hati kerana 40% daripada calon ternyata sangat bodoh!. Sekali lagi kerajaan mengubah bentuk soalan dan jawapan.

Soalan berbunyi begini ” Parameswara adalah pengasas kerajaan Melayu Melaka”  dan pilihan jawapan adalah A. Benar B. Tidak C. Kedua-duanya salah D. Tidak tahu. Wah sekali lagi keputusan peperiksaan melonjak naik! kali ini ia meningkat ke 70% dan ternyata kerajaan masih belum berpuas hati. Kenapa masih ada 30% rakyat Malaysia yang bebal!? Sekali lagi soalah dan jawapan diubah.

Kali ni soalan berbunyi begini ” Siapakah pengasas kerajaan Melayu Melaka” dan jawapan pilihan adalah A. Parameswara B. John Lennon C. Siti Norhaliza D. Muthu A/L Maniam. Kali ini keputusan benar-benar diluar jangkaan! naik ke 90% tapi kerajaan masih belum berpuas hati kerana 10% pelajar tersebut masih bodoh. Ke mana kerajaan akan mencampak pelajar2 yang bodoh ini nanti?! soalan diubah lagi.

Soalan terakhir (selepas diubah berkali-kali untuk meluluskan murid) adalah berbunyi begini ” Siapakah pengasas kerajaan Melayu Melaka? A. Parameswara B. Ikan Patin C. Anak Angsa D. Kucing Pak Mat. Kali ini keputusan memang benar-benar memuaskan kerajaan kerana peningkatan amat menakjubkan. Peratusan pelajar lulus ialah 98%! dan 2% yang gagal itu bukannya apa, mereka cuma tidak menghadiri peperiksaan itu sahaja kerana sibuk menyahut seruan kerajaan untuk merempit secara sihat dan selamat!. Seluruh dunia ternganga dan terkejut kerana rupanya orang-orang Malaysia ini bijak2 belaka. Diorang tidak tahu yang ‘memandaikan’ orang-orang Malaysia ini adalah orang-orang yang duduk di dalam kerajaan. Pada waktu dahulu di China, sekiranya anda didapati meniru di dalam peperiksaan, anda bukan sahaja mempertaruhkan reputasi dan maruah anda tetapi juga mempertaruhkan nyawa anda. Anda boleh dihukum mati kerana meniru!

Di Malaysia ini yang di panggil “Boleh Land” semua pun boleh — MALAYSIA BOLEH!

Comments
  1. tilpoo says:

    kesian guru2 yang buat kelas tambahan, tuisyen sabtu ahad, kelas tambahan malam,..at the end dikata budak2 dpt soalan senang ; senang utk cemerlang. Jadi guru la,..boleh tahu tinggi rendah susah senang nak pandaikan student macamana.

  2. kaijg3207 says:

    Kita tidak salahkan guru sebab memang mereka sudah memberikan yang terbaik (walaupun tidak semua guru itu ikhlas mengajar murid mereka). Apa yang kita salahkan adalah K.E.R.A – J.A.A.N yang memberikan soalan2 peperiksaan yang sangat mudah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s