Dusun Atau Kadazan?

Posted: February 13, 2011 in Uncategorized

Ayat ini cukup membuatkan kepala saya pening, cukup untuk membuatkan saya muak, mual dan bosan. Saya tidak kisah bagaimana sejarah atau kejadian pada masa dahulu yang menyebabkan kedua-kedua perkataan di atas yang sepatutnya hanya satu perkataan dan maksud dipisahkan menjadi dua kemudian dicantumkan sekali lagi dengan maksud yang kononnya sama. Jadilah terma ini seperti kuih lapis — kononnya telah bersatu, rasa yang satu tetapi sebenarnya berlapis antara satu sama lain dengan warna berbeza-beza. Begitulah sebenarnya kita telah membentuk terma ini. Inilah yang dimahukan oleh politik yang mempunyai kepentingan secara peribadi dalam hal ini. Tidak ramai yang mahu mengakui hakikat bagaimana susahnya mahu menyatukan semula satu perkara yang pernah ‘dipisahkan’ dahulu dan tidak ramai yang mahu membahaskannya secara terbuka!

Adik-beradik ini sebenarnya tidak jujur sesama sendiri walaupun keluar melalui p*7i yang sama. Kadazan menganggap dirinya yang lebih elit dari segenap segi dan sebaliknya pula untuk Dusun.  Pergi jahanam dengan tanggapan bahawa orang-orang Kadazan ini dirujuk sebegitu kerana mereka tinggal di kekedaian atau kakadaian. Kata mereka terma Kadazan ini bukan baharu tetapi sudah lama digunakan sejak dahulu kala. Jika ia digunakan sejak dahulu kala maka terma itu tidak sepatutnya merujuk kepada orang-orang yang tinggal dikedai memandangkan pada waktu dahulu Penampang dan Papar itu sama sahaja dengan tempat-tempat lain di Ranau, Tambunan, Keningau etc. yang masih lagi tempat untuk ‘Jin Bertendang’! saya katakan bahawa Kadazan itu adalah merujuk kepada Kadayan yang bermaksud ‘orang’ — cumanya Y ditukar menjadi Z oleh lidah orang-orang Penampang dan Papar. Itulah penjelasan yang lebih logik.

Kalau orang-orang Kadazan memikirkan bahawa mereka adalah sub-bangsa yang lebih baik daripada Dusun — mungkin betul jika kita merujuk itu pada waktu dahulu. Sekarang ini pada zaman ini, saya fikir semuanya sudah seimbang, malahan saya katakan bahawa orang-orang Dusun lebih elit. Dusun mempunyai lebih banyak Menteri dalam kerajaan! — sebagai contoh.

Kadazan atau Dusun tiada beza sebenarnya, kita adalah saudara kandung yang lahir daripada ibu dan bapa yang sama. Cumanya kita berpecah-belah kerana ada orang yang mahu kita menjadi begitu dan kebetulan tanpa kita sedar kita suka diperlakukan begitu. Pecah dan perintah! kita dijadikan kuda lumba, siapa cepat sampai ke garisan hadapan dan sepanjang perlumbaan itu kau boleh buat apa sahaja asalkan kau menang, tiada peraturan. Tetapi sebenarnya perlumbaan itu hanya seperti ombak laut, berlumba-luba bergulung ke pantai, tetapi sesudah sampai dan menghempas ke pantai ombak itu akan kembali lagi ke belakang — ke laut dan orang yang mahukan kita bergaduh dan berlumba adalah seperti pantai itu, yang akan menetapkan sejauh mana ombak itu pergi, kerana memang mereka tidak ingin kita pergi jauh. Akhirnya tanpa sedar kita adalah bangsa yang paling rugi sekali.

Comments
  1. Gaman says:

    Apa yang saya tau tentang Kadazan dan Dusun ni ialah ia kedua-duanya adalah sama.. cuma Kadazan ini adalah panggilan kepada orang-orang tepi pantai atau berdekatan laut borneo… dan Dusun pula orang-orang yang berada ditengah kepulawan borneo… namun kedua-duanya adalah sama memandangkan bahasanya juga mampu difahami diantara kedua-duanya…

  2. gorgeous says:

    bikin bingung juga orang kadazan cakap KADAZAN2 LA. DUSUN2 LAA.. hahaha.. lpas tu ckp kadazan tu dusun. Dusun bukan kadazan. PA macam tu? Bukan tu kadazan sama dusun 50% sama.50%.ada jg yg beza. Kunu cakap bgtu kasi bingung orang lagi. sam. Sambut juga unduk ngadau, sumazau, tadau kaamatan. Trus ckp kadazan n dusun x sma. Bego tul. urang kadazan ni perasan bandar kali. Kalau rasa diri tu bandar,, tiada urang bandar yg pakai baju cam etnik kmu pakai tu la. Urang bandar pakai yg cam urang putih punya. apa barang lagi tu unduk ngadau. Urang bandar tuz BEAUTy peagant baaa. hahaha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s