Kejayaan Itu Milik Siapa?

Posted: January 27, 2011 in Uncategorized

Maksud kejayaan pada pendapat saya ialah apabila kita berjaya menyelesaikan atau mendapatkan sesuatu. Kejayaan itu tidak semestinya besar sebab kalaupun ia kecil, ia tetap kejayaan dan patut dibanggakan. Kalau kita berjaya bangun pagi lebih awal daripada biasa, itu adalah kejayaan! kalau kita sampai ke tempat bekerja lebih awal daripada biasa, itu juga adalah kejayaan. Ia mungkin perkara biasa atau perkara remeh-temeh tetapi kesanggupan, semangat dan motivasi untuk mengubah kebiasaan yang buruk kepada yang baik adalah satu kejayaan yang besar!. Jadi sekarang milik siapakah kejayaan itu? tentulah ia milik kita, keluarga kita dan syarikat tempat kita bekerja — jika dikira dengan skop yang lagi besar ia adalah milik Kerajaan Malaysia, milik semua rakyat Malaysia. Bukan kah begitu?

Sangat sedih apabila melihat ada pihak yang cuba memonopolikan kejayaan itu untuk dirinya sendiri, untuk bangsanya sendiri. Kalau seorang atlet berbangsa Dusun berjaya dalam sukan angkat berat contohnya, media yang dikuasai oleh orang-orang yang suka ‘bermain’ Monoploi ini akan menulis atau menyiarkan statement seperti ini “…. Turugung Gampaping (contoh nama Dusun) adalah atlet Malaysia yang pertama memenangi  pingat emas untuk acara angkat berat pada temasya sukan Komanwel pada tahun ini ….” Jangan harap media akan mengatakan dia adalah orang Dusun yang lahir di Tuarankah, Ranau kah, Tambunan kah, Keningau kah — betul! Jika seorang atlet berbangsa Melayu menang pingat emas dalam acara berbasikal, kau tau apa yang akan dikatakan oleh media? “…. Mohd. Azhar Bin Basir (contoh sahaja) merupakan anak jati negeri Johor, anak Melayu pertama yang memenangi acara pecut yang diadakan di Francis….”! lihat bagaimana golongan opportunist ini cuba memonopoli kejayaan untuk diri mereka sendiri. Mereka mahu menyogokkan dunia ini dengan maklumat bahawa hanya orang-orang Melayu yang boleh bersukan! tetapi akan cuba menyorokkan atlet bangsa lain yang juga mencapai kejayaan yang serupa. Jadi jangan tanya kenapa FAM tidak mahu menukar skuad Harimau Malaya menjadi Harimau Malaysia — alasan di atas cukup untuk menjelaskan keadaan itu. Kebetulan pula hampir kesemua pemain skuad ini adalah orang Melayu.

Kejayaan kecil atau besar patut dikongsi sebagai kejayaan orang Malaysia. Pengamal-pengamal media perlu adil, jangan bermain dengan api perkauman. Bila kita memilih satu-satu bangsa itu sebagai ‘yang lebih baik’ atau ‘yang lebih berhak’ kita sebenarnya sudah mula membesarkan jurang persaudaraan kita sebagai satu keluarga — keluarga Malaysia. Kita (terutamanya orang Melayu) sangat benci akan orang Yahudi — tambah-tambah lagi apabila orang Yahudi mengatakan mereka adalah bangsa terpilih, anak tuhan (sebab kebanyakan nabi yang kita tahu adalah dari kalangan orang Yahudi), tapi kita tidak sedar kita juga bermain dengan api yang sama.

Saya sayangkan Malaysia dan semua warganya — tidak kisah kau bangsa apapun (asalkan kau ada IC). Saya sayangkan semua ‘Pendatang Halal’ yang menumpahkan taat setia tidak berbelah bagi kepada negara ini lebih daripada orang Malaysia sendiri. Alangkah bagusnya jika kita boleh hidup sebagai satu keluarga yang tidak pernah ada syak-wasangka, irihati, kebencian dan dendam. Susah sangat kah untuk menghargai bangsa lain?

Saya bukan racist!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s