Budaya “Kipas – Mengipas”

Posted: January 26, 2011 in Uncategorized

Kipas, Jek, Ampu — kau boleh panggil dengan panggilan apa pun kerana pada akhirnya ia merujuk kepada perbuatan untuk mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan untuk kepentingan si Pengampu!. Strategi kuno yang sudah dibuat beribu-ribu tahun dahulu oleh orang-orang yang tahu dirinya tidak boleh bersaing secara adil. Ia selalunya berhasil apa lagi kalau yang di kipas itu adalah orang yang sukakan perkara tersebut. Budaya ini hanya setingkat rendah daripada “Rasuah’! pun masih sama jijik dan membinasakan. Kerana budaya ini segala-gala yang hina, jijik, buruk akan menjadi sebaliknya. 

Pada zaman yang serba moden ini — budaya ini semakin berkembang biak dan menular.  Saya bosan melihat manusia serba-boleh yang terpinggir hanya kerana dia tidak pandai mengampu atau mengipas. Saya jijik melihat manusia yang pada pendapat saya hanyalah ‘setengah-masak’ tapi mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada manusia di atas tadi. Saya meluat melihat manusia yang suka bercakap Yess Boss! mengampu orang yang dia fikirkan dia boleh mendapatkan kuasa dan kelebihan. Tidakkah anda jijik apabila melihat seseorang yang menjadi berjaya atau kaya atau berkuasa kerana mengampu? Kebetulan orang-orang kita suka sangat mengampu dan diampu. Perasaan bila diampu tersangatlah sedap — lebih sedap daripada keluarnya ‘air nikmat’ dari hujung p*^$r anda, sebab saya sendiri pernah merasanya cuma saya bukan seorang yang suka diampu. Sungguh kasihan melihat mereka yang suka dijulang, diampu, di— jek etc. Orang-orang kaya menjadi miskin, habis tidak bersisa hartanya dikikis oleh si Pengampu @ Pembodek dan orang-orang bijak pandai tidak lebih daripada seekor Keldai. Para pemerintah membuat keputusan yang salah (akibat dipengaruhi oleh si Pembodek) dan akibatnya rakyat menjadi mangsa, sengsara. Kebencian dan dendam berleluasa apabila wira yang sepatutnya diangkat, dicantas dan dibuang! orang yang tidak tahu berperang diangkat menjadi Laksamana, diberi pula askar untuk dan disuruh untuk berperang.

Saya melihat sendiri bagaimana hancurnya sistem pengurusan apabila para Mickey Mouse dan Mini Mouse mengampu dan membodek orang di atas. Jadinya pengurusan itu dipanggil sebagai “Pengurusan Kartun @ Pengurusan Mickey Mouse”! — semuanya kerana kegagalan untuk mengurus berlandaskan kepada keadilan, ketelusan dan ketegasan. Inilah yang terjadi apabila si Pembodek menjadi raja kepada YSDB — Yang Suka Di Bodek. Jadilah seorang wira, yang bertarung dengan senjata sendiri tidak kira di gelanggang yang luas atau sempit, rata atau tidak. Bertarunglah dengan adil — kerana alam pekerjaan ini samalah seperti alam peperangan, yang berbakat dan kuat akan terus ke hadapan dan sebaliknya. Saya fikir kita semua adalah wira, kita cuma perlu memilih samada mahu menjadi wira sebenar atau wira yang dayus. Jika anda mengaku anda tidak berbakat dan ingin menjadi wira yang dayus saya cadangkan supaya anda pergi membunuh diri!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s