Generasi Baru Dan Muzik

Posted: January 20, 2011 in Uncategorized

Muzik itu luas konsepnya, luas pengertiannya dan luas pengaruhnya. Muzik itu berlaku apabila bunyi dengan nada tinggi, rendah dan mendatar bersatu menghasilkan alunan bunyi yang teratur. Muzik boleh menyebabkan kita bersatu, ia juga boleh menyebabkan kita berpecah. Muzik boleh menyebabkan kita menjadi kaya dan boleh jadi juga menjadi miskin. Muzik menyebabkan yang kuat menjadi lemah dan sebaliknya, yang sedih menjadi gembira dan sebaliknya. Begitulah kuatnya kuasa muzik!

Pada zaman dahulu seawal perang dunia pertama atau mungkin juga lebih awal daripada itu, pemain okestra perang akan berada di hadapan bala tentera memainkan muzik yang secara psychologynya akan menaikkan semangat tentera dan mengendurkan semangat lawan walaupun saya  fikir pemain-pemain okestra itu akan lari bertempiaran apabila perang sudah bermula. Tidak mungkin mereka masih bersemangat untuk meniup trompet atau memalu gendang apabila orang di kiri dan kanan mereka sibuk melibas parang ke sana -sini.

Orang dusun sendiri terlalu rapat dengan muzik dan irama. Samada mereka mabuk atau tidak mereka tetap berlagu. Orang Dusun sendiri adalah penyanyi yang baik dan berbakat — orang Dusun ada Linda Nanuwil, Marsha Milan Londoh, Stacy, Velvet dan ramai lagi adalah penyanyi Dusun untuk bahasa Melayu. Francis Landong, Jestie Alexius, Hain Jasli, Masni Sumiran, Clarice John Matah adalah penyanyi Dusun untuk bahasa Dusun. Banyak sekali sehinggakan saya tidak boleh sebut nama mereka satu persatu di sini. Ada di antara penyanyi ini suka menyanyi dalam lagu berbahasa Melayu tetapi malu menyanyi dalam bahasa sendiri dan pandai menyanyi dalam bahasa Dusun tetapi allergic menyanyi lagu berbahasa Melayu. Bahasa Dusun itu sendiri adalah unik, kau bantailah untuk irama apa-pun ia tetap sesuai (saya tidak maksudkan dialek Kadazan yang mana kalau dialun dalam irama dangdut pasti haru-biru jadinya).

Kita tinggalkan pasal itu, kerana apa yang saya mahu katakan di sini ialah penerimaan dan pendedahan generasi baru terhadap muzik atau alat muzik kita sendiri. Saya bertaruh bahawa tidak sampai 20% daripada anak-anak muda kita sekarang yang boleh bermain alat muzik tradisional Dusun dengan baik. Jangakan untuk memainkannya, malahan untuk mengenalinya pun tidak. Berapa orang di antara kita yang tahu tentang Sundatang? Togunggak? Bungkau? Turali? Tongkungon? dan pelbagai alat yang saya sendiri tidak ingat namanya walaupun pernah melihatnya lama-lama dahulu yang saya fikir sekarang sudah tidak ada  yang mampu membuatnya. Kalau pun kita arif akan sebilangan alat muzik tersebut seperti Tagung, Sompoton dan Kulintangon tetapi berapa ramai sangat di antara kita yang tahu memainkan alat tersebut — atau mungkin lebih tepat kalau yang tidak malu untuk memainkan alat tersebut? Generasi muda orang Dusun sekarang betul-betul menjijikkan! mereka malu untuk belajar dan memainkan alat muzik mereka sendiri takut dipanggil orang kampung (padahalnya asal pun dari kampung) sebab kononnya alat muzik ini hanya dimainkan oleh orang kampung — betul2 tanggapan sampah!.

Siapa yang patut dipersalahkan? jangan tunding jari telunjuk buruk anda kepada orang muda sahaja. Salahkan orang-orang tua kaum ini yang tidak pernah mengajar orang-orang muda ini tentang alat muzik tradisional ini. Jangankan mengajar, memberi orang2 muda ini menyentuh alat muzik itupun mereka tidak mahu, rosak nanti kata mereka. Kalau ada keramaian di kampung, anak-anak muda dilarang sekali memukul gong yang sudah bergantung — orang tua2 sahaja yang boleh kata mereka. Budak-budak lagilah tidak dibenarkan dekat-dekat dengan gong tersebut. Jadi jangan salahkan kalau generasi muda ini makin ‘benci’ dan ‘jijik’ dengan alat muzik ini. Kaum-kaum lain berlumba-lumba mengajar anak muda mereka dengan alat muzik tradisional mereka. Jika tidak mahu, anak2 muda ini dipaksa belajar sehingga ‘muntah’. begitu kuat usaha mereka untuk memastikan warisan ini diteruskan turun-temurun. Berbeza dengan orang Dusun yang lebih suka jika hanya dia yang tahu memainkan alat muzik itu. Dia berbangga apabila disebut “hanya dia yang pandai bermain alat muzik ini”. Kemahiran yang orang tua2 ada sekarang ini tidak akan turun secara automatik kepada genersi muda. Kemahiran itu akan mereka bawa sehingga mati — tinggal generasi muda yang terpinga-pinga tidak tahu apa2 tentang alat muzik mereka sendiri. Jangan hairan sekiranya satu hari nanti ‘hak pemilikan’ alat muzik ini akan beralih kepada bangsa lain sebab rupanya ada bangsa lain yang mengintai dari jauh yang hanya menunggu peluang dan masa untuk ‘mencuri’ harta intelek kita ini — dan pada akhirnya kita yang rugi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s