Kepercayaan Yang Membunuh

Posted: January 20, 2011 in Uncategorized

Selama ini orang kita terlalu banyak kepercayaan, kepercayaan karut yang kita warisi turun-temurun. Kepercayaan itu masih terus bersama dengan kita walaupun kita sudah berada di zaman millenium ini, walaupun kita sudah beragama. Ada di antara kepercayaan yang kita pegang ini pun bukan dari budaya kita tetapi dipinjam-pinjam daripada budaya bangsa lain. Kepercayaan karut yang sia-sia ini tanpa kita sedari telah memperbodoh-bodohkan kita selama sekian lama, lebih teruk lagi apabila kepercayaan ini membuatkan kita lemah, lembab dan takut untuk bergerak ke hadapan bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang sudah maju. Ada di antara bangsa-bangsa ini dahulunya berada di bawah daripada kita tetapi disebabkan kepercayaan melulu ini kita terkebelakang.

Sebagai contoh; apabila kita sedang berjalan di dalam hutan dan dengan tiba-tiba dahan kayu yang masih hidup jatuh di hadapan kita — kita dilarang untuk meneruskan perjalanan kerana mungkin kita akan ditimpa musibah. Akibatnya kita ketinggalan sehari di belakang orang yang masih meneruskan perjalanan mereka walaupun mengalamai perkara yang serupa dan ini hanya kerana mereka tidak mempercayainya. Apabila kita dalam perjalanan dan kita mendengar burung ‘Lekiu’ (yang saya tidak tahu namannya dalam bahasa) berbunyi kita hendaklah tidak meneruskan perjalanan, kerana bunyi burung itu adalah petanda sial —  kepercayaan karut yang betul2 merugikan.

Sampai bila kita berfikiran haiwan-haiwan ini adalah peramal malapetaka ? buaya contohnya terlalu ‘disucikan’ oleh orang-orang Dusun, sehinggakan kepercayaan itu menghalang kita untuk belajar tentang haiwan tersebut. Orang putih sudah belajar sehingga ke akar umbi haiwan tersebut tetapi kita masih berangan-angan supaya diberikan kesaktian oleh haiwan itu. Bangsa kita mati-matian mencari dan menyimpan sisik tenggiling bila turun ke sungai supaya tidak di baham oleh buaya. Kita percaya buaya takut akan sisik tenggiling kerana kononnya dahulu tenggiling yang ditelan oleh buaya bulat2, keluar hidup-hidup daripada perut buaya dengan mengorek perutnya dan buaya itu mati. Semenjak daripada itu kononnya buaya tidak berani lagi mengganggu tenggiling apatah lagi membahamnya. Kita lupa bahawa buaya tidak akan memilih mangsa apabila dia lapar — apa yang berdekatan dengannya atau melintas di depannya dia akan sambar. Kita lupa bahawa asid yang terdapat di dalam perut buasa terlalu kuat dan boleh menghancurkan hampir apa sahaja yang masuk ke dalam perut buaya. Saya yakin cerita tenggiling dan buaya itu adalah bohong belaka, jika betul sekalipun saya bertaruh tenggiling itu sudah lama meninggal dunia hancur oleh rahang buaya itu sebelum sampai ke perutnya.

Pemikiran dan kepercayaan kita hendaklah sejajar dengan perubahan secara global yang berlaku pada hari ini. Kita tidak mungkin boleh membuang kesemua kepercayaan karut ini sekaligus tetapi secara perlahan-lahan memandangkan kepercayaan itu sendiri sudah sebati dengan badan kita. Cumanya kita tidak mahu ketinggalan jauh di belakang bangsa lain hanya kerana kita terlalu percaya kepada perkara-perkara yang tahyul —.

Comments
  1. Yusrezal says:

    hahahha….kalau bagi aku…tu…adat-adat..kita biasa dangar..siok..bha juga….
    aku mcm2 sdah aku kana tagur dulu..
    ..
    contoh jangan putung kuku malam2 nanti datang hantu..hahah..
    tapi itu mungkin dari keturunun di turunkan dari dulu sabab mengkali aku pikir dulu2 kalau putung kuku malam..galap bha….nada lampu kali…..hahahhahah takut luka itu jari

  2. kaijg3207 says:

    Kepercayaan2 dahulu dibuat kerana ada sebab dan pada masa sekarang ini, kebanyakan daripada kepercayaan2 kita ini sudah tidak boleh dipakai lagi. Jangan terlalu taksub dengan kepercayaan sehingga ia boleh membunuh peluang kita untuk menikmati hidup yang lebih baik dimasa akan datang.

  3. Archtontines Taggung says:

    adat tAtap adat.dont ever dream to break it.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s