Adat Istiadat Kita Yang Semakin Hilang

Posted: January 15, 2011 in Uncategorized

Kali ini saya ingin berbicara soal adat dan istiadat serta budaya orang kita, orang Dusun yang pada fikiran saya semakin suram dan dilupakan oleh generasi sekarang. Maklum sajalah bila kita sudah beragama, adat-istiadat dan budaya yang dahulunya kita pegang dan sanjung dipinggirkan secara perlahan-lahan atas alasan itu ada bertentangan dengan ajaran agama itu dan ini. Kalau kita mengamalkannya kita murtad, berdosa dan pelbagai macam lagi. Memang itu tidak boleh dinafikan dan saya tidak akan membicarakan perkara ini dalam konteks ini, tetapi lebih kepada ‘penghapusan’ adat-istiadat dan budaya kita secara perlahan-lahan oleh agama yang kita anuti. Saya bertaruh, mana-mana orang Dusun yang menganut agama Islam sekarang akan menjadi ‘Orang Melayu’ sepenuhnya dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Dalam perkahwinan misalnya, orang kita lebih gemar berpakaian seperti orang Melayu, lebih gemar merisik dan bertunang dengan cara dan adat orang Melayu. Jangan naik gila bila Datu Seri Ali Rustam berkata bahawa tidak susah untuk menjadi orang Melayu! betul tidak susah kerana orang-orang dari bangsa lain terutamanya ‘Islam Baru’ ini sendiri yang beria-ia sangat untuk mengadaptasikan budaya dan adat-istiadat Melayu dalam diri mereka. Mereka lebih Melayu dari orang Melayu sendiri. Orang Dusun lebih gemar memilih samada mereka mahu berkahwin seperti orang Melayu atau orang Putih.

Mana-mana adat atau budaya yang jelas tidak bertentangan dengan agama yang kita anuti seharusnya dikekalkan. Sama sperti orang Melayu yang mengekalkan beberapa adat-istiada dan budaya mereka yang selari dengan ajaran Islam seperti Bersanding dan Berbalas Hantaran. Cerita-cerita klasik orang Dusun seperti Huminodun, Kinomulok, Yaki-Aki, Kodu etc. akan hilang dari ingatan orang-orang Dusun secara perlahan-lahan. Anak-anak kita akan lebih tahu cerita Hang Tuah, Hang Jebat, Sang Kelembai etc ataupun lebih berminat kepada cerita Saidina Ali, Saidina Usman Affan, Saidina Umar Al-Khatab etc berbanding dengan cerita rakyat kita sendiri. Hakikatnya lagi kita lebih suka berbahasa Melayu atau Inggeris ketimbang bahasa Dusun sendiri hatta di rumah sekalipun. Serius! Sekaranglah masanya untuk kita berfikir akan hala tuju dan masa depan adat serta budaya orang kita. Kalau tidak bila lagi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s