Nunuk Ragang Yang Lesu

Posted: January 12, 2011 in Uncategorized

Saya sebenarnya bangga apabila dilahirkan sebagai orang Dusun yang tahu berbahasa Dusun (tidak seperti orang lain yang hanya berbangsa Dusun tetapi tidak tahu bercakap bahasa Dusun). Saya bangga apabila bangsa saya sendiri mempunyai cerita lagenda yang diwariskan sejak zaman berzaman dari satu generasi ke satu generasi. Menurut lagenda itu, orang Dusun dikatakan berasal daripada satu penempatan yang dipanggil Nunuk Ragang, satu perkampungan orang Dusun yang terletak di pertemuan Sungai Liwogu Kiri dan Sungai Liwogu Kanan di dalam daerah Ranau, lebih tepat lagi 54 KM dari pekan Ranau ke bawah mengikut jalan ke Sandakan. Saya sebelum ini memang sudah pernah mendengar monumen ini melalui surat khabar dan hanya menjejakkan kaki buat pertama kalinya pada tahun 2004. Sejujurnya, tidak ada apa-apa yang menarik di sini selain daripada satu tugu konkrit yang dibuat menyerupai pangkal pokok Ara atau Banyan tree atau Nunuk dengan kiri dan kanan persekitarannya yang masih semak. Di sinilah pertabalan ‘Huguon Siou’ atau pemimpin Dusun (saya tidak suka menggunakan terma Kadazandusun dan kalaupun saya terpaksa menggunakannya saya lebih suka menggantikannya kepada Dusunkadazan) dilakukan.

Pada tahun 2006, saya sekali lagi melawat tempat ini bersama dengan keluarga. Saya sebenarnya agak serik dan bosan untuk melawat tempat ini memandang tidak ada apa-apa yang menarik di sini. Betul! setelah dua tahun berlalu masih tidak ada apa-apa yang berubah. Penjaganya juga sedang mabuk semasa kami tiba di sana. Kalau betullah tempat ini merupakan tempat suci atau tempat lagenda bermula bagi orang-orang Dusun, kenapa tidak dimajukan sebagai kawasan pelancongan sahaja? saya membayangkan alangkah baiknya kalau kita ada cafe di sana, kita ada view point yang menghadap ke sungai Liwogu, Kita ada taman botani yang berkait rapat dengan orang Dusun etc. Pelancongan arkeologi adalah salah satu bentuk pelancongan baru yang mungkin boleh diadaptasi di sini. Jadi, kepada mana-mana badan yang bertanggungjawab sila buat penyelidikan arkeologi di tempat ini, siapa tahu anda akan membongkar misteri yang orang-orang Dusun sembunyikan selama ini.

Mungkin ada yang akan berkata di mana kita mahu mencari bajet untuk memajukan tempat ini? saya katakan bahawa inilah masanya orang-orang Dusun atau yang menganggap mereka adalah dari rumpun Dusun supaya bersatu mencari dana yang kita perlukan. Inilah masanya parti-parti politik orang Dusun melupakan perbezaan politik buat sementara waktu dan menumpukan usaha bersama untuk memajukan dan mempromosikan tempat ini. Jadikan tempat ini sebagai Kampung Budaya Dusun seperti orang Sarawak lakukan terhadap Kampung Budaya mereka — sebenarnya kalau kita tidak pentingkan diri sendiri, tidak malas, tidak kedekut saya fikir tidak ada sebab kenapa tempat ini tidak boleh dimajukan. Tidak ada guna kita berbangga bahawa kita adalah Keturunan Dusun Nunuk Ragang jika sekiranya tempat ‘suci’ kita sendiri kita tidak pernah pedulikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s