Kotornya Tandas Awam Kita

Posted: January 11, 2011 in Uncategorized

Sebilangan daripada rakyat Malaysia adalah serba-serbi pengotor dari semua segi. Mulut suka bercakap kotor, jari suka menunjuk kotor, otak suka berfikir kotor — pendek kata segala macam kekotoran dan satu lagi, Malaysia ada banyak tandas awam yang kotor. Saya tidak kisah masuk ke tandas persendirian yang kotor, bersyukurlah kerana tuan rumah itu menumpangkan saya untuk menggunakan tandasnya dengan percuma dan tidak perlu bersembunyi di dalam semak untuk berak atau kencing. Tetapi bila anda terpaksa membayar 20 sen atau 30 sen untuk menggunakan tandas awam yang kotor, saya fikir itu sudah melampau. 5 sen pun saya tidak mahu membayarnya!

Jika anda ke Pekan Telupid, jangan cuba-cuba singgah di tandas awamnya yang terletak betul-betul disebelah jalan raya besar. Dulu masa saya masuk ke sana, saya hampir-hampir mahu muntah. Apa tidaknya, mangkuk tandas sudah menghitam dengan tahi manusia yang tidak pernah dibersihkan. Bau hancing kencing manusia ada di mana-mana dan lebih malang tidak ada air! Tidak ada bezanya dengan tandas-tandas awam di Lahad Datu. Saya betul-betul meluat dengan penjaga tandas yang tidak ambil tahu pun dengan kebersihan jagaannya tetapi tidak akan segan-segan meminta 20 sen kalau kita mahu menggunakan tandas itu. Pernah sekali saya memarahi seorang perempuan tua yang menjaga tandas di Telupid, saya katakan kepadanya bahawa kebersihan tandas patut dijaga dan bayaran sebanyak 20 sen itu adalah terlalu mahal untuk tandas yang kotor! dia hanya diam, tiada reaksi. Barangkali otaknya sedang memikirkan perkara yang kotor-kotor juga.

Tidak ada bezanya jika anda berkunjung ke tandas awam di Lahad Datu, sama kotor dengan tandas di Telupid. Barangkali orang-orang ‘original’ Malaysia adalah pembersih. Manusia yang pengotor ini adalah yang tidak bercop ‘MADE IN MALAYSIA’ di belakangnya. Memang orang-orang terkenal sebagai pengotor dan di Lahad Datu manusia jenis ini berlambak di mana-mana. Di manakah lagi Lahad Datu mendapat gelaran sebagai pekan paling kotor jika bukan daripada orang-orang ini?! 

Namun tidak semua tandas awam kita adalah kotor. Cubalah bertandang ke tandas awam di daerah Ranau, anda pasti akan kagum dengan kebersihan dan keharuman tandas ini. Tidak cukup dengan itu tandas ini juga dihias cantik dengan bunga-bunga tiruan dan hiasan-hiasan dinding. Saya sanggup bertaruh tandas di daerah Ranau lebih bersih daripada dapur anda. Kalau saya diminta membayar 50 sen sekali masuk pun saya tidak kisah, kenapalah kalau RM 1.00 pun, saya akan sanggup. Saya cukup berterima kasih dengan penjaga tandas di Ranau yang menunaikan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi. Saya bangga menjadi orang Ranau dan saya malu menjadi ‘penduduk tetap’ di Lahad Datu. Ada kawan saya berkata, kalau kau mahu tahu bersih atau tidaknya orang itu — periksalah tandasnya. Kalau tandas tempat membuang benda yang kotor pun dia tidak bersihkan, tidak ragu-ragu lagi orang itu memang pengotor.

So, kepada pekerja-pekerja Majlis Daerah Telupid dan Lahad Datu, bangunlah dan buatlah kerja anda. Rugi rakyat membayar gaji kamu kalau kamu tidak bekerja seperti yang sepatutnya. Periksa tandas-tandas awam ini, buat pembetulan. Para pemegang tender tandas, jangan hanya mencari untung tetapi mengabaikan tanggungjawab yang asas. Buang penjaga tandas yang pemalas — yang hanya tahu menghulurkan tangan meminta 20 sen setiap kali orang masuk ke dalam tandas. Bersikap sensitiflah kepada kebersihan tandas kita.

Comments
  1. kaijg3207 says:

    Jepun adalah salah satu contoh negara yang setiasa kehadapan dalam usaha-usaha ‘memewahkan’ tandas di negara itu; http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s