Selamat Datang 2011

Posted: January 3, 2011 in Uncategorized

Selamat tahun baru 2011 — selamat datang 2011 dan selamat tinggal 2010. Tentu ada di antara kita yang sedang sibuk memikirkan apakah azam baru pada tahun ini dan pertanyaan yang paling biasa kita dengar adalah — apakah azam baru anda? benda sama yang kita dengan setiap tahun baru dan ia semakin membosankan. Apakah penting bagi kita untuk memikirkan azam baru sedangkan azam kita pada tahun lepas ada yang masih belum tercapai? atau mungkin tidak ada satu pun yang tercapai? Azam kita tidak perlu dihebahkan kepada orang lain, tidak perlu diberitahu kepada orang lain hatta kawan kita sekalipun. Itu adalah rahsia dan ‘maruah’ kita, simpanlah baik-baik.

Saya lebih suka menggantikan AZAM itu kepada HARAPAN. Kerana harapan itu, manusia terus kuat berusaha untuk hidup. Seorang pesakit kanser yang kronik tidak memerlukan azam untuk sembuh, tapi cuba berikan dia harapan ” Jangan susah hati encik, sebab encik masih ada harapan untuk sembuh”— dia pasti gembira dan akan  berusaha untuk sembuh dan sihat. Begitulah kuatnya kuasa harapan dan kerana harapanlah dunia ini berubah. Jika anda tidak mempunyai kekuatan untuk berazam maka buatlah harapan kerana sekecil-kecil azam adalah sebesar-besar harapan.

Selamat menempuh 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s