Malaysia — Kuasa Baru Bolasepak ASEAN

Posted: December 30, 2010 in Uncategorized

Tahniah kepada pasukan Malaysia atas kemenangan mutlak mereka menentang Indonesia semalam bagi merebut piala AFF Suzuki. Tahniah kerana Malaysia telah menjadi kuasa baru bola sepak ASEAN. Saya bukan peminat fanatik bolasepak dan saya tidak akan menulis dan mengulas bagaimana permainan itu berjalan seperti yang dibuat oleh Shebby Singh. Saya meminati bola sepak ini dari sudut lain seperti kos pembelian dan perpindahan pemain, impak yang dibawa oleh pemain-pemain baru pasukan, keuntungan kelab dan sebagainya. Saya suka melihat bolasepak ini dari segi perniagaan dan strategi. Kalau kamu bertanya kepada saya yang mana satu yang lebih bernilai tinggi dari segi berita samada Manchester United atau Manchester City, saya akan pilih Manchester City. Gimik-gimik pemain, pembelian pemain berprofil tinggi semuanya menjadikan mereka laku untuk akhbar. Peningkatan mendadak dari segi kedudukan dalam kelab EPL/BPL adalah seperti cerita pari-pari dan ia tentu sekali berharga tinggi kepada akhbar. Sebab itu pemunya kelab bola sepak ini dari kalangan orang-orang bisnes, taikun terkenal dan bukannya bekas pemain bolasepak! malahan ada di antara mereka yang tidak pernah bergiat pun dalam apa-apa bidang sukan. Orang yang pakar dalam bidang sukan pada saya adalah orang yang boleh meraih keuntungan hasil daripada rekaan atau penjualan produk untuk bidang ini. Adolf “Adi” Dassler berjaya kerana Adidas dan dia adalah tuan punya kompeni Adidas, sementara Rudolf Dassler iaitu abangnya pula berjaya kerana produk PUMA miliknya. Billy Bowerman dan Philip Knight pula menjadi jutawan kerana Nike. Mereka inilah pakar sukan bagi saya kerana mereka berjaya mengeksploitasi bidang ini semaksimum mungkin.

Berbalik kepada bolasepak Malaysia, Ya mereka menang selepas 14 tahun menunggu. Ini satu perkembangan yang sangat bagus. Saya melihat kerjasama sepasukan yang baik. Tidak ada lagi pemain yang berlagak dialah yang terbaik dan pemain lain tidak, tidak ada lagi pemain yang sibuk memanjangkan dan memanjakan rambut, tidak ada lagi pemain yang mewarnakan kepala mereka.  Mereka adalah pemain-pemain baru dengan disiplin baru dan semangat baru hasil daripada tunjuk ajar K. Rajagobal! Mungkin kebetulan atau memang bangsa ini ditakdir bagus dalam mengandalikan sukan bolasepak negara kita — K. Rajagobal dan Sathianathan adalah orang India, anak jati Malaysia yang lahir di Malaysia. Mereka adalah pencetus baru kepada fenomena menarik bolasepak tanahair. Kenapa bila orang Melayu yang mengendalikan skuad kita, mereka tidak pernah memenangi apa-apa kejohanan besar seperti ini? saya bercakap untuk tempoh 14 tahun ini. Adakah mereka ini lebih adil dan pandai memilih pemain? atau adakah mereka ini lebih pandai melatih pemain?. Saya rasa mereka ini adil, pandai melatih dan membentuk disiplin pemain. Kau boleh main, kau ada disiplin — okey kau boleh masuk team Malaysia tidak kira kau bangsa apa, kau agama apa. Segala-galanya sempurna untuk pasukan ini bagi saya dan kalau mereka kekal dalam keadaan sekarang, tidak mustahil untuk mereka layak bermain dalam Asia Cup nanti. Pasukan Indonesia juga harus dipuji atas semangat kesukanan dan persabahatan mereka yang tinggi ketika menentang Malaysia. Kita adalah serumpun, buat apa mahu bergaduh? saya suka melihat bagaimana pemain Indonesia menolong pemain malaysia yang cedera dan sebaliknya. Sungguh — suasana inilah yang patut kita lihat di dalam padang.

GoOOO Malaysia!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s