Rezeki Daripada Alam

Posted: December 21, 2010 in Uncategorized

Ya! serius ada ikan yang glamour! yang popular! yang pandai buat duit walaupun dia terpaksa tayang badan’bogel’ dia, walaupun dia terpaksa menjadi tukang urut. Jangan kamu ketawa macam besok sudah tiada — ikan2 Pelian di Kg. Luanti, Ranau semua ada pakej ini. Dia superstar, dia tukang urut! saya fikir dia lagi glamour dari kau yang sedang membaca blog  ini sekarang. Dia sudah masuk TV! kau?

Ceritanya begini, hari itu saya sekeluarga pergi ke Kg. Luanti, saja ke sana untuk melihat projek tagal kampung itu yang terkenal di mana-mana. Memang satu yang menakjubkan sebab mereka boleh memelihara ‘binatang’ ini di sini. Mereka berjaya mengekang nafsu serakah mereka untuk menjahanamkan ikan-ikan ini. Kalau di Kg. Timbua sudah pasti ikan-ikan ini sudah tidak bernafas. Ikan-ikan yang di jaga ini begitu polos, begitu ikhlas dan begitu mempercayai manusia tapi kenapa manusia begitu kejam dengan mereka? Kenapa manusia melihat ikan ini hanya sebagai makanan semata-mata? Saya akui saya juga gemar memakan ikan Pelian dan ikan-ikan yang lain juga tapi bekerja dalam bidang konservasi banyak mengubah saya supaya lebih prihatin kepada alam sekitar dan saya harap keprihatinan ini ‘berjangkit’ kepada orang lain. Kalau betul cerita orang yang menjaga ikan Pelian ini, dalam satu hari mereka boleh meraih pendapatan sehingga RM 900 bersamaan dengan RM 27000 sebulan! malahan lebih tinggi dari itu pada waktu cuti sekolah hanya daripada penjualan tiket. Wah —ternyata ikan-ikan ini betul-betul ‘bekerja keras’ membalas budi tuan yang menjaga mereka. Lihat, inilah balasan baik yang kita dapat jika kita berbudi kepada alam.

Setiap hari penjaga-penjaga ini akan menyusuri sungai sepanjang 3 KM, memeriksa jika ada pencerobohan atau penceroboh. Mereka ini umpama ‘bapa ayam’ atau ‘ibu ayam’ yang menjaga ‘anak-anak ayam’ yang nyata memberikan keuntungan besar. Saya sempat bertanya jika ada yang masih degil atau berani menceroboh tagal itu, mereka kata ” Kena dendalah”. Tapi kalau balik-balik orang itu juga yang menceroboh? “Bah kami kerjakan dia cukup-cukup!” Wah! sampai macam itu sekali? apa salahnya? memang patut pun mereka buat macam itu. Kenapa pula kita biarkan orang menabur pasir dalam periuk nasi kita? saya pula lagi bagus kalau orang-orang ini ditembak!.

Memikirkan semula bagaimana berjayanya projek tagal ini di Kg. Luanti membuatkan saya bersemangat untuk membuat projek yang sama dengan dibantgu oleh AJK yang baru untuk kg. Timbua. Saya katakan kepada Pengerusi JKKK kampung ini bahawa tidak payahlah teruskan tagal di Sg. Sugud itu. Alihkan tumpuan kepada Sg. Mituoh, lagi bagus. Sungainya kecil, senang dijaga. Kali ini kalau ada yang kedapatan menceroboh, saya arahkan supaya  orang itu dilastik! kalau boleh dapat approval daripada police, kita tembak!.

Saya betul-betul hairanlah dengan selera orang kampung ini terhadap ikan. Betul2 saya hairan, mungkin tidak pandai puas makan ikan kali orang-orang ini. Penyakit berketurunan yang tidak pandai sembuh-sembuh. Biarkanlah, asalkan keluarga saya pandai sendiri, maju sendiri itu sudah cukup dan saya tidak kisah kalau orang lain bertambah bodoh atau bertambah mundur — itu hal mereka. Siapa yang mahu sama-sama maju dengan saya, mari kita berjalan ke hadapan bersama-sama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s