Hidup Sebagai Mahasiswa

Posted: December 16, 2010 in Uncategorized

June 1999 hidup saya sebagai seorang mahasiswa bermula. UiTM Shah Alam yang masih dikenali sebagai ITM pada masa itu telah menjadi gelanggang penentu masa depan saya. Saya sudah berkali-kali memohon di universiti lain tetapi pada akhirnya UiTM juga yang berbelas kasihan dengan saya. Saya tidak pernah memohon pun untuk belajar di UiTM dalam borang UPU saya. Pilihan saya hanyalah universiti2 yang terbaik pada fikiran saya — UPM, UM dan UKM dan semuanya menolak saya. Pertama-tama sekali kenapa saya tidak memohon masuk ke ITM kerana memang saya tidak layak (ITM hanya untuk orang-orang yang pandai sahaja) dan keduanya ia hanyalah institut (pada masa itu) dan saya fikir ia rendah tarafnya daripada universiti. Apabila kawan2 saya yang lain berjaya masuk ke universiti, saya kecewa kerana hanya masuk ke institut. Mungkin keputusan STPM saya sangat teruk, oleh itu saya tidak layak belajar di universiti. Tapi berbeza dengan UiTM, mereka percaya bahawa setiap insan mempunyai potensi untuk berjaya sekiranya insan itu diberi peluang dan dibimbing. Atas prinsip ini saya memberi skor 9.8/10 kepada UiTM!

Kata senior kami sayalah yang paling menononjol semasa minggu orientasi. Bukan sebabnya saya lebih baik daripada yang lain, lebih proaktif daripada yang lain tetapi kerana warna seluar panjang saya yang terlalu kontra dengan yang lain. Ketika pelajar-pelajar lain memakai seluar berwarna gelap, hanya saya seorang sahaja yang memakai seluar berwarna hijau muda! pasangan kepada baju raya saya pada tahun sebelumnya. Semuanya disebabkan saya tidak ada pilihan. Syukurlah kerana seluar itu saya mudah diingati oleh senior-senior saya walaupun ia tidak memberikan apa2 perbezaaan.

Pada tahun pertama di ITM, kami sudah ‘diajar’ untuk mengundi untuk wakil MPP. Ada seorang budak dari Sabah yang berasal daripada Pantai Timur cuba meraih undi daripada kami semua, pelajar Sabah. Satu petang dia meminta pelajar-pelajar daripada Sabah datang berkumpul lecture hall fakulti kami dan berucap di depan serupa YB supaya memilihnya nanti. Dengan gaya YBnya yang tidak menjadi ditambah pula dengan loghat Semenanjung — saya meluat dan jijik. Baru berapa minit berada di Semenanjung  sudah bercakap serupa orang Semenanjung. Saya dengar dia menang akhirnya tapi kemudian ditendang keluar dari ITM sebab dia mula belajar berkempen untuk orang yang suka ‘main belakang’. Mukanya kedapatan di TV, Newapaper mungkin? Tapi itulah yang saya dengar. Bagus juga dia ditendang supaya orang-orang Sabah yang tidak bangga dengan asal-usul mereka berkurangan di ITM.

Sebenarnya saya paling benci dengan orang-orang Sabah yang berlagak menjadi orang Semenanjung. Lagi teruk ada pelajar Tawau yang akun separuh mati dia orang Johor! Akun sepupu dua kali dengan Kamarudian Mapey (Kemey), pemberita di TV3! Yalah tu! kerana itu sebagai menyindirnya saya pula akun orang asal Sarawak! saya di suruh menyanyi lagu Sayang Sarawak oleh senior di depan beratus-ratus freshie. Nasib baik saya ingat dan nyanyikan sepotong daripadanya “sayang sarawak — sayang sarawak— sungainya sempit”. Banyak orang tertipu! padan muka! dan ajaib sungguh kerana bermula pada hari itu saya sudah berani bercakap di depan orang ramai. Malahan saya suka dan ketagih untuk bercakap di depan orang padahal sebelum ini, jika disuruh ke hadapan sahaja terus lemah longlai macam mahu terkencing.

Saya bergantung sepenuhnya kepada PTPTN untuk membiayai pelajaran saya sepanjang 3 tahun di ITM. Terus-terang bapa saya hanya mampu mengirim duit sebanyak RM145.00 sepanjang 3 tahun itu. Saya tidak pernah menyesal dan merungut sebab itulah sahaja kemampuan yang dia ada. Walhal sebelumnya dia kata dia sanggup bergadai-bergolok — biar dia telanjang asalkan kami adik-beradik bersekolah tinggi. Cakap tak serupa bikin kan? Biarkanlah dia lagipun tiada apa yang dia boleh gadai-golokkan. Sepanjang 3 tahun itu hanya sekali saya ada balik bercuti, bukannya apa — tidak ada duit. Pernah pada bulan terakhir semester saya hanya makan dua biji telur dalam satu hari, kalau ada  maggi saya akan rendam dan biarkan dia kembang sekembang-kembangnya sebelum saya makan. Mee segera ini patut diberikan ‘pengiktirafan’ yang besar dalam usaha membantu pelajar-pelajar miskin di universiti. Jangan kerana mee segera itu makanan  jenis tidak sihat kita pinggirkannya dan makanan sihat sahaja yang kita julang.

Ada seorang budak Melayu Kedah yang selalu datang ke rumah sewa kami. Kononya untuk study group, atau mencari idea bagaimana untuk menyiapkan assignmentnya. Tapi pada akhirnya dia lebih banyak meniru assignment kami daripada mencari idea. Sebelum dia balik dia akan ‘mengutuk’ dahulu budak2 Sabah, mencarut orang Sabah masih tinggal di pokok, masih pakai cawat dan semuanya dalam Bahasa Inggeris yang tunggang-terbalik dengan loghat Kedah. Bayangkan bercakap Inggeris dengan slang Kedah. Haru-biru jadinya — kami pula bukannya marah tetapi kasihan sebab dia bercakap memakai ‘mulut’ di punggugnya. Dia fikir Alor Setar itu lagi besar dan canggih daripada Kota Kinabalu. Tuan rumah sewa kami lain pula ceritanya, dia orang India. Kami lewat sikit membayar dia dan bininya datang ke rumah, yang lelaki ok sikit tapi yang perempuannya berteriak dari bawah minta duit sewa. Kalau kami cakap duit PTPTN belum masuk dia jawab ” saya apa peduli, itu you punya pasal. You mau tinggal ini rumah, you bayarlah. Tak mau bayar you keluar, ada banyak lagi orang mau sewa”.  Pedihnya — hahaha.

Satu hari kami melawat Pusat Rekreasi Ulu Bendul, N. Sembilan. Kamu mahu tahu bagaimana racistnya orang-orang Melayu ini? Inilah satu peristiwa yang saya sangat tidak boleh lupakan, dan jika ada orang bercakap orang Melayu tidak racist, jangan percaya. Kebetulan ada satu famili India mandi di sebelah atas sungai semasa kami mandi di sebelah bawahnya. Seorang kawan Melayu kami datang, dan bercakap yang dia tidak mahu mandi di sebelah bawah kerana ada “orang Hindu” yang mandi di sebelah atas. Itu katanya — kami terlopong dan menganga. Orang Melayu jenis apa ni? Orang Islam jenis apa ni? Air yang tercemar dengan bangkai haiwan pun boleh di ambil sebagai wuduk (air itu lebih dari dua kolah dan bangkai itu tidak menjejaskan bau dan warna air tersebut), apakan pula jika setakat mandi?!  air sungai yang mengalir pula itu. Saya betul2 menyampah, pada hari itu pandangan saya terhadap orang Melayu terus berubah. Sentimen, prejudis dan syak wasangka mereka terhadap kaum lainlah yang mengagalkan gagasan atau asimilasi kaum di Malaysia. TAPI tidak semua orang Melayu seperti ini — ada yang bersikap lebih terbuka! dan saya ada banyak kawan-kawan dari kalangan orang Melayu seperti ini. Dan kebanyakan mereka bekerja di Sabah atau pernah belajar di Sabah. Salah seorang adik perempuan saya berkahwin dengan orang Melayu asal Kedah dan tidak ada yang tidak baik pasal dia. Dia tidak sombong, tidak memilih makanan, tidak memandang orang Sabah dengan sebelah mata. Sebab itu dia diterima dengan baik sekali oleh keluarga saya — walaupun pada mulanya ibu saya membantah keras hasrat adik perempuan saya untuk berkahwin dengannya. Itu cerita lama, sekarang saya fikir dialah menantu kesayangan ibu saya sekarang. Sabah adalah acuan kepada asimilasi kaum yang paling sempurna, bukankah begitu?

Sepanjang berada di ITM, saya fikir saya adalah antara pelajar-pelajar yang paling bertuah. Mana tidaknya, saya adalah antara pelajar terakhir yang sempat merasa jenama ITM sebelum ditukarkan kepada UiTM oleh bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2000. Pada tahun 2002, saya melangkah keluar daripada UiTM sebagai ‘orang baru’. Pada hari itu saya akui bertapa bertuahnya saya kerana di pilih untuk belajar di UiTM!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s