Aku Cantas Kau

Posted: December 13, 2010 in Uncategorized

1993 saya sudah berada di SMK. Lohan, di tingkatan empat. Kamilah antara kumpulan pelajar pertama yang ‘memecah dara’ SMK. Lohan itu. Malahan kamilah segala-galanya. Saya masih ingat bagaimana kami di ‘seksa’ seperti buruh kasar bagi mencantikkan sekolah ini. Mengangkat batu, mencari pokok Ara, menanam bunga. Bagi pelajar asrama, hari Sabtu dan hari Ahad adalah hari malang — sebab anda terpaksa ‘bekerja’ dari pagi ke petang di kawasan sekolah.

Budaya cantas-mencantas ini sebenarnya sudah ada semenjak di sekolah lagi dan saya sendiri sudah merasainya. Semasa berada di tingkatan 5, sekolah telah mengadakan acara pencalonan pengawas sekolah — ia tidak jauh bezanya dengan penamaan calon. Saya adalah antara pelajar yang tercalon tetapi pada akhirnya ditendang. Saya tidak kisah pun, malahan saya tidak tahu pada awalnya saya tercalon! tapi pada akhirnya seorang guru lelaki memberitahu saya bahawa saya sebenarnya sudah berada dalam list pengawas sekolah tetapi ada seorang pelajar (juga pengawas) yang telah membantah pencalonan saya. Lihat!  pelajar-pelajar ini sudah pandai mencantas sejak dari sekolah lagi. Saya tertanya-tanya dengan siapa mereka belajar budaya ini?!

Antara tahun 1993-1994 juga merupakan tahun saya mula mengenali politik — saya terkena tempias politik. Saya seorang pelajar tetapi kenapa saya harus terbabit atau dibabitkan sama dengan politik? Saya sepatutnya menikmati detik2 indah sebagai pelajar, namun pada tahun-tahun ini ia adalah mimpi ngeri. Semuanya kerana saya (dan beberapa orang kawan yang lain) terpaksa membayar yuran asrama sebanyak RM 45/bulan jika sekiranya saya tidak mendapat pengecualian yang ditandatangani oleh “orang yang berkuasa” pada masa itu. Bila masa bapa saya berduit untuk membayar yuran ini?! sehinggakan untuk mendapatkan RM10/bulan pun payah! dengan saya lagilah tiada, saya bukan makan gaji di sekolah.

Maka berduyun-duyunlah golongan miskin, hina-dina ini ke pejabat yang berkenaan untuk mendapatkan pengecualian. Sebelum orang itu menandatangan surat itu, dia bertanya kepada saya apakah parti yang disokong oleh bapa saya? saya katakan saya tidak tahu — manalah saya ambil tahu hal-hal politik pada masa itu. Dia katakanlah lagi kepada saya bahawa bapa kepada pelajar2 ini dari SMK. Timbua adalah penyokong kepada parti pembangkan dominan di Sabah pada masa itu — termasuklah bapa saya. Oleh kerana itu katanya kami tidak boleh/layak diberikan pengecualian. Saya tidak berkata apa-apa kecuali membatu sebab saya tidak tahu pun apa yang perlu saya cakap. Akhirnya dia menandatangan juga surat rayuan kami selepas dia berceramah panjang lebar dan ‘mengancam’ kami supaya memujuk ibu-bapa kami menyokong kerajaan sekiranya kami mahu pengecualian itu diteruskan. Katakanlah bapa saya menyokong parti pembangkan pada masa itupun, apa yang dia boleh lakukan yang boleh mengoncang parti kerajaan pada masa itu? dia hanya lelaki kecil, pengecut dan penakut yang hanya bersekolah hingga tahun 6?. Sehingga sekarang masih masih lagi tertanya-tanya siapa “pengintip” dari kampung saya yang bertanggungjawab mereport hal ini kepada Pegawai tersebut. Ada beberapa muka yang saya syaki, malangnya saya tidak ada bukti. Mereka-mereka inilah pelakon yang serba boleh. “bibir membawa madu, tangan membawa racun”.

Itu satu hal, di sekolah atau di asrama kami terpaksa pula berhadapan dengan guru—??? bukan guru tapi king-kong2 yang hilang pedoman apabila marah. Dia akan tiba-tiba buat spotcheck asrama. Mana-mana katil yang mereka dapati tidak kemas, dia akan tarik cadar dan selimutnya dan disumbat ke dalam mangkuk tandas! Mana-mana pelajar yang didapati mendengar walkman sambil belajar malam, dia akan merampas walkaman itu dan menghempaskannya ke lantai. Barangkali dia mahu pelajar belajar cara lama. Apa salahnya belajar sambil mendengar walkman? asalkan pelajar itu selesa dan tidak menganggu pelajar lain apa salahnya? saya fikir hidup cikgu yang seorang ini tidak pernah bahagia. Sebab ada berpuluh-puluh orang telah menyumpahnya selama beratus-ratus hari dan beribu-ribu kali hanya pada tahun 1993-1994. Tahun lain belum kira lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s