Budak Sekolah

Posted: December 10, 2010 in Uncategorized

1990, saya bergelar budak sekolah menengah dan saya tiada pilihan kecuali bersekolah di SMK. Timbua. Tiada apa-apa yang menarik sebenarnya tentang sekolah ini selain daripada ia dekat dengan rumah saya — dan itu menggembirakan hati bapa saya sebab dia tidak perlu berbelanja lebih untuk menyekolahkan saya. Pakaian sekolah saya biasa-biasa sahaja malah saya fikir teruk! dahulu para pelajar sekolah menegah ini lambat matang atau lambat gatal. Bukan seperti sekarang baru tingkatan 2 sudah pandai tengok filem biru, bunting atau membunting sini-sana. Guru dan pelajar sama gatal sekarang ini. Seluar yang saya pakai di ‘modified’ daripada seluar sekolah bersaiz besar yang dibeli di kedai — selalunya di cash & carry. Kerja-kerja mengubah seluar ini dilakukan oleh ibu saya yang tidak mempunyai kursus khas menjahit. Akibatnya cawat seluar terlalu rendah dan kaki seluar terlalu kecil dan dijahit pula dengan benar yang kontra benar dengan warna seluar sekolah itu.

Saya tidak tahu bila masanya kerajaan mewajibkan pelajar sekolah memakai seluar panjang. Dahulu di sekolah rendah, hanya pelajar kaya2 sahaja yang berseluar panjang. Ada satu kes yang sangat lucu sekali berlaku semasa saya berada di tingkatan 1, seorang kawan saya yang sama-sama miskin hanya mampu membeli seluar pendek ke sekolah. Bila masa sembahyang Zohor, dipaksa oleh seorang ustaz untuk ikut sembahyang sekali. Walaupun kawan saya ini memberi alasan bermacam-macam tapi akhirnya dia terpaksa juga ikut bersembahyang seperti kami. Bagaimana dengan auratnya? ustaz menyuruh kawan saya itu supaya mengambil sejadah dipakai seperti memakai tuala asalkan auratnya tertutup.

Guru yang garang amat ditakuti sekali pada zaman ini. Ada beberapa orang guru yang terkenal dengan sikap garang mereka. Malahan ada yang mahu dipanggil si Polan Harimau! dia fikir dengan bersikap garang dia akan disegani oleh para pelajar. Malang sekali dia hanya akhirnya dianggap sebagai musuh. Rotan sudah seperti IC kepada kebanyakan guru yang mesti dibawa setiap masa ke mana sahaja. Merotan menjadi hobi mereka, dan sasaran sudah tentu pelajar yang nakal. Mereka suka apabila diberi peluang merotan murid. Mereka tidak sedar itu adalah perbuatan orang-orang yang tidak bertamadun, mereka fikir dengan merotan mereka boleh mendidik pelajar dengan baik. Mereka sebenarnya adalah pendera! Guru-guru yang suka merotan ini ‘demam’ apabila sudah tidak dibenarkan merotan murid lagi kerana tugas mengawal pelajar-pelajar yang nakal ini sudah beralih kepada guru kaunseling. Tidak hairan di kawasan bandar, banyak sekali guru-guru yang disaman oleh pelajar mereka. Tetapi di luar bandar lain ceritanya, mereka lebih rela buntut dan tangan mereka berbirat dirotan oleh guru-guru yang sial ini daripada membela diri.

Saya baligh pada umur 14 tahun, akhirnya saya menjadi dewasa! dengan pengaruh hormon kelelakian yang kuat, saya sudah berani memandang dada dan punggung perempuan. Jangan ketawa atau mempersendakan saya sebab ia adalah perkara normal yang berlaku pada setiap manusia. Ustaz atau ustazah yang kamu kenal sekarang dahulunya pernah menjeling dada perempuan atau punggung lelaki yang disukainya. Potong P&*$r saya kalau fakta ini salah!

Akibat dari hormon inilah saya menjadi kebencian ustaz saya. Dia membenci saya kerana saya sudah pandai menggatal dengan perempuan. Setiap kali lepas bersembahyang dia akan mengelak dari bersalam dengan saya. Saya betul2 terkilan, seolah-olah saya ini besar dosanya. Kawan2 saya yang lain yang sama gatal dengan saya habis disalam tangan mereka satu-persatu. Apa kes?

Satu yang sangat ajaib pasal SMK. Timbua ini ialah ianya seperti “Pusat Pemulihan” sepertimana Taliwas tempat saya bekerja sekarang. Mana2 pelajar yang teruk tidak kiralah dari segi disiplin atau akademik, hantarlah ke SMK. Timbua, nescaya dia akan berubah menjadi baik dan pandai. Sekarang saya tidak pasti jika ‘sumpahan’ baik itu masih ada. 1992 saya fikir adalah tahun yang sangat diingati, Pada tahun inilah SMK. Timbua menjadi tumpuan pada medical assistant dan jururawat kerana penyakit Kolera/Taun. Semua pelajar lelaki atau perempuan terpaksa ‘mencabul’ mulut bawah mereka dengan putik kapas bagi menentukan mereka bebas atau tidak dari penyakit ini. Rasanya geli dan jijik, orang-orang kesihatan ini mengatakan lebih baik jika ada sisa tahi dihujung kapas tersebut. Saya bebas, tetapi beberapa orang daripada kawan2 sesekolah dan seasrama dengan saya dijangkiti. Maka bermulalah ‘pelancongan’ mereka di Hospital Ranau. Ada seorang kawan saya yang hampir2 mati oleh penyakit ini. Pada masa itu kami masih dungu dengan penyakit ini, kami fikir dia hanya muntah2 biasa dan sakit biasa. Kami tidak melaporkan kepada warden asrama. Hampir seminggu dia dalam keadaan begitu dan akhirnya kami laporkan kepada warden, bukan kerana dia sakit tetapi kami sudah tidak tahan dengan bau busuk ciritnya. barulah kami tahu dia terjangkit dengan kolera. Kenapa tidak?! Pada peringkat pertama Sg. Masin, ia menjadi tempat pelajar pelajar perempuan mandi-manda (masih belum ada kemudahan air paip bersih pada masa itu) dan segala macam kotoran dan sial pergi ke bawah. Peringkat kedua tempat mencuci tray, peringkat ketiga tempat air kumbahan daripada dewan makan mengalir dan peringkat keempat adalah di mana para pelajar lelaki mandi dan memberus gigi! tidak ada pun tindakan daripada pihak sekolah atau kerajaan. Mungkin kerana pada masa itu kerajaan tidak sibuk pun pasa ISO atau OSHA seperti sekarang. Nasib baik juga nyawa kami liat2 semuanya — nyawa kucing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s