Ketua Kampung & Pengerusi JKKK

Posted: January 13, 2011 in Uncategorized

Kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa di Sabah ini (mungkin juga di Sarawak) tidak ada pejabat untuk Ketua Kampung ataupun Pengerusi JKKK. Adakah kerana jawatan ini hanyalah satu jawatan kecil yang tidak begitu penting berbanding dengan jawatan-jawatan lain yang ada di negeri Sabah? Di semenanjung misalnya, Penghulu dan Pengerusi JKKK mempunyai pejabat di kampung masing-masing. Dahulu semasa saya belajar di Semenanjung, saya ada sekali pergi ke Ulu Sg. Tembeling di Pahang lebih tepat lagi di Kampung Bantal. Perjalanan dengan bot mengambil masa lebih kurang 4 jam meredah arus sungai. Sepanjang perjalanan saya telah melihat perkampungan orang Asli dan orang Melayu. Pada masa itu masih belum ada jalan raya yang tembus ke kampung tersebut (menurut orang kampung, kalau ada pun mungkin hanya jalan balak sahaja).

Saya tidak mahu bercakap pasal jauh dekat kampung tersebut tapi saya ingin khabarkan kepada anda bahawa di kampung itu (dan saya fikir dikebanyakan tempat di Semenanjung) kerajaan sediakan pejabat untuk Ketua Kampung @ Penghulu (gelaran untuk di Semenanjung) dan Pengerusi JKKK, mereka berkongsi. Satu petanda bahawa kerajaan memandang tinggi akan kepentingan jawatan atau pekerjaan ini di dalam sistem pentadbiran kerajaan. Tetapi di Sabah, di mana kita boleh melihat kerajaan negeri menyediakan kemudahan serupa untuk mereka? contoh tidak payah saya ambil jauh-jauh sebab di kampung saya sahaja pun kemudahan seperti ini masih belum ada.

Sudahnya, segala macam urusan yang berkaitan dibuat di rumah Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK. Jika ada dua orang bergaduh dan mahu perkara itu diselesaikan, rumah Ketua Kampung juga yang menjadi gelanggang. Mereka bergaduh meninggikan suara, menangis, memecahkan rahsia daripada yang paling tidak sulit sehingga kepada yang paling sulit (rahsia di ranjang) pun dibuat di rumah “Tok Ketua” juga! Sudahnya keluarga si Ketua Kampung ini merasa tertekan dan bosan kerana hampir sehari-hari mendengar masalah orang kampung. Kerja yang sepatutnya dibuat di pejabat akhirnya dibawa ke rumah. Anak-anaknya yang masih kecil sudah menyimpan rahsia besar si Polan — kenapa si Polan itu diceraikan oleh bininya, sebab si Polan itu kuat ber&*&%@ dan bininya tidak menahan! Ya — mereka mendengar dan menyimpan itu semua.

Kerajaan harus mengangkat jawatan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK  ini ke satu tahap seperti kakitangan kerajaan yang lain. Terma ‘elaun’  itu patut dinaiktarafkan kepada ‘gaji’. Bila sudah begitu kerajaan negeri haruslah menetapkan kriteria-kriteria tertentu bagi membolehkan seseorang itu menjadi Ketua Kampung baik dari segi akademik, pengalaman atau kemahirannya. Pendek kata jawatan Ketua Kampung ini dimasukkan di salam sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Negeri. Kerja 8 jam sehari macam orang pejabat — dan semestinya di pejabat! Memang bukan senang, tapi bila lagi kita mahu mengangkat jawatan ini ke tahap yang lebih tinggi?

Menyelesaikan masalah orang kampung bukannya mudah. Elaun yang diberikan bukannya cukup pun, habis untuk tambang ke sana-sini saja. Sekurang-kurangnya jika sudah ditolak belanja mengurus itu dan ini, mereka patut masih ada katakanlah RM 500 sebagai ‘gaji’ mereka. Mereka ini bukannya membuat kerja kebajikan yang tidak berbayar. Mana patut jika mereka terpaksa meninggalkan kerja mereka sehari-hari untuk membuat kerja-kerja Ketua Kampung yang jelas hanya membebankan mereka! sudahnya mereka terpaksa membuat kerja lain bagi menambah pendapatan keluarga. Bila sudah terjadi seperti itu fungsi mereka sebagai Ketua Kampung memanglah terjejas.

Saya katakan, kalau mereka ini disediakan pejabat yang bagus dengan gaji yang bagus maka tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh berfungsi dengan bagus. Kalau anda bertanya kepada saya siapa itu Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK ini maka dalam kepala saya hanya membayangkan seorang lelaki tua yang berpakaian kelabu atau biru, berkasut adidas kampung atau kulit tiruan, jarinya menjepit kirai daun (tetapi kadang-kadang menjepit rokok kedai jika temberangnya sampai atau jika elaunnya baru masuk) dan dengan muka bodoh-bodoh alang. Mungkin persepsi atau gambaran yang sudah melekat di kepala saya ini akan hilang jika dilakukan perubahan drastik kepada jawatan ini. Selain daripada pejabat, kerajaan negeri juga sepatutnya menyediakan bangunan mahkamah kampung sebagai tempat menyelesaikan masalah orang kampung yang kadang-kadang tidak patut didengar oleh orang lain — perbicaraan dan penyelesaiaan tertutup!

Jadi, tepuk dada dan tanyalah selera. Orang-orang muda seperti saya agak susah untuk bekerja dengan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK yang saya kategorikan kemahiran, kebolehan dan akademik mereka sebagai ‘ya-tidak’ sahaja. Saya tidak mahu mengutuk Ketua Kampung keluaran Universiti USNO atau BERJAYA ini, tapi saya fikir sudah tiba masanya kita berubah. Bukankah begitu?

About these ads
Comments
  1. Yusrezal says:

    ngam la itu……
    kau memang bepikiran luas…
    kalau banyak orang mcm kau ni…….maju sudah ini orang sabah….!!!!

  2. ko2ng says:

    Betul dan saya setuju. Bagaimana hendak berfungsi dengan baik sekiranya kemudahan dan keperluan paling asas pun tidak ada.

  3. kaijg3207 says:

    Terima kasih atas komen saudara. Benar, sistem pentadbiran kampung ini tidak akan berjalan tanpa kemudahan asas e.g pejabat sebagai bentuk sokongan pekerjaan. Di Sabah, jawatan2 ini masih dipandang sebelah mata oleh kerajaan tetapi di Semenanjung mereka inilah antara orang terpentig di dalam daerah.

  4. siti amina says:

    ya betul 2…tapi yg bikin panas ketua kampung yg tipu orang kampung…minta beyar rm20 dapat kereta tapi xda jga dia buat duit p khwin isteri kedua pulak,,,,dammat tul…palui

    • kaijg3207 says:

      Sebab itulah saya mencadangkan supaya jawatan ketua kampung atau JKKK ini dimasukkan ke dalam JPAN/SPAN. Dengan itu orang yang benar2 layak sahaja yang boleh memegang jawatan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s